malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Exco Johor dijangka diheret ke mahkamah esok
Diterbitkan:  Apr 18, 2017 4:13 PM
Dikemaskini: 8:16 AM
ADS

Selepas direman tujuh hari bulan lalu, exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dijangka didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok.

Abdul Latif, yang bertanggungjawab terhadap portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, akan didakwa bersama seorang lagi individu yang dipercayai menjadi “orang tengah”.

Dia dijangka dituduh bawah Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana dikatakan memberi dan menerima suapan.

Jika sabit kesalahan dia boleh didenda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, dan penjara sehingga 20 tahun.

Sumber yang mengetahui siasatan SPRM mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Abdul Latif akan didakwa esok bersama seorang lagi individu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah merampas 26 buah kereta mewah dan membekukan 45 akaun bank berkaitan siasatan itu.

Kes itu juga menyaksikan enam orang ditahan, termasuk anak Abdul latif dan pegawai khasnya. Abdul Latif dibebaskan daripada reman pada 16 Mac lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen