malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Kerajaan berpendapat Zakir Naik tidak dilarang memasuki Malaysia kerana pendakwah terkenal itu tidak melanggar undang-undang di negara ini, namun Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mempunyai pandangan berbeza.

Menganggap Zakir sebagai "orang buruan" pihak berkuasa India, P Ramasamy berkata, tokoh terbabit juga dikaitkan dengan jenayah lain termasuk pengubahan wang dan keganasan kerana menghasut kebencian terhadap orang bukan Islam.

Katanya, melindungi Zakir daripada "jangkauan undang-undang" memberi imej yang buruk kepada Malaysia.

“Adakah anda fikir pengundi bukan Melayu akan menyokong BN dengan orang sebegini menguruskan negara?" katanya kepada Malaysiakini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Perai itu mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 April lalu mengenai status Zakir.

Kata Ahmad Zahid, pendakwa kelahiran India itu tidak dihalang memasuki Malaysia kerana tidak melanggar undang-undang Malaysia.

Katanya, seseorang tidak disenaraihitamkan hanya berdasarkan laporan media, melainkan agensi penguat kuasa yang berkenaan menyalurkan maklumat menunjukkan keadaan sebaliknya.

Kata Ramasamy, kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengekang keganasan, malah Putrajaya dan New Delhi menandatangani perjanjian mengenainya ketika Datuk Seri Najib Razak melawat India sebelum ini.

"Inilah cabaran untuk Malaysia. Kita tak boleh melindungi seseorang seperti Zakir Naik apabila kerajaan India mahu dia berada di sana untuk menghadapi tuduhan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen