malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pegawai kanan beras K'tan ditahan bantu siasatan kes rasuah
Diterbitkan:  Apr 13, 2017 4:26 PM
Dikemaskini: 8:27 AM
ADS

Seorang pegawai kanan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM3,500.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Shamsuddin Yusof berkata pegawai kanan berusia 56 tahun itu ditahan pada jam 3.30 petang semalam di sebuah restoran di Kota Bharu.

Beliau berkata pegawai kanan itu ditahan reman enam hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Turut ditahan adalah tiga pegawai penguat kuasa bahagian itu yang berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes sama.

"Bagaimanapun, merela dibebaskan petang tadi selepas diambil keterangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Keempat-empat suspek itu ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM3,500 dari seorang pengadu sebagai dorongan untuk mengeluarkan pas memindah beras dari Kelantan ke Perak selain wang 'salam perkenalan'.

- Bernama

Lihat Komen