malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Siasatan rasuah besar-besaran Brazil cetus harapan perubahan
ADS

GLOBAL l Bagi sesetengah pihak di Brazil, keputusan hakim Mahkamah Agung mengarahkan ramai ahli politik disiasat berkaitan dakwaan rasuah, termasuk pesaing utama dalam perlumbaan pilihan raya presiden tahun depan, telah membuka jalan bagi satu era baru dalam politik negara itu.

Siasatan menyeluruh yang diarahkan oleh Hakim Luiz Edson Fachin merangkumi semua calon presiden dari parti-parti politik utama Brazil, termasuk bekas presiden berhaluan kiri, Luiz Inacio Lula da Silva yang mendahului pilihan raya itu.

"Peluang untuk satu permulaan yang bersih," lapor O Globo, sebuah akhbar harian berpengaruh si Rio de Janeiro di muka depannya semalam.

Tetapi ramai yang biasa dengan sistem pelbagai parti Brazil dan kelembapan mahkamahnya berkata siasatan itu mungkin tidak banyak kesannya selain daripada menimbulkan lebih ketidakstabilan - terutamanya jika mereka yang tidak pernah teruji, mengisi kekosongan politik itu.

"Adalah baik kita ada institusi yang memerangi rasuah tetapi ini membuka luas ruang kekosongan kepimpinan yang buat masa ini mewujudkan ketidakstabilan selanjutnya," kata Rafael Cortez, seorang saintis politik di Tendencias, sebuah firma perunding di São Paulo.

Siasatan besar-besaran yang dimulakan tahun lalu berhubung dakwaan sogokan di syarikat minyak negara yang dikendalikan Petrobras, telah mengoncang arena politik Brazil. Ia menyumbang kepada pemecatan Presiden berhaluan kiri Dilma Rousseff tahun lepas, dan membelenggu kerajaan baru Presiden Michel Temer.

Siasatan yang diarahkan oleh Fachin pada hari Selasa itu, berdasarkan kepada tawaran pengakuan kesaksian toleh pekerja syarikat kejuruteraan Odebrecht.

Lapan menteri kerajaan dan 12 gabenor negeri disiasat serta berpuluh lagi penggubal undang-undang - termasuk speaker kedua-dua dewan Kongres - dan empat orang bekas presiden.

Siasatan itu dialu-alukan ramai rakyat negara itu yang bosan dengan laporan harian mengenai rasuah dan keperluan kemajuan politik untuk memulihkan bebanan ekonomi melalui dua tahun kemelesetan.

"Saya ingin melihat kepimpinan baru, opsyen pilihan raya baru," kata Jurandir Ferreira dos Santos, 32, seorang pembantu tadbir di São Paulo.

Seperti ramai rakyat Brazil yang, beliau ragu-ragu mengenai keupayaan kelas politik untuk berubah. "Kami tidak nampak sesiapa di Kongres yang mampu memberikan kepimpinan, tidak ada parti baru yang mampu menawarkan satu pilihan yang kita boleh percaya."

Di tahap yang praktikal, mood popular boleh memaksa parti-parti politik utama untuk memikirkan semula kalkulus politik di sebalik pelbagai calon yang ada.

Parti Demokratik Sosial Brazil (PSDB) melihat kepada dua kemungkinan pilihan - senator Aécio Neves dan José Serra - yang telah dinamakan dalam arahan siasatan Fachin. Pesaing ketiga PSDB, Gabenor São Paulo, Geraldo Alckmin, telah dirujuk oleh Fachin untuk siasatan oleh mahkamah sebuah rendah.

Beberapa ahli politik menggambarkan siasatan itu sebagai peluang untuk membersihkan nama mereka.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen