malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polemik Akta 355: Sejarawan salahkan sistem pendidikan
Diterbitkan:  Apr 12, 2017 2:59 PM
Dikemaskini: 7:00 AM
ADS

Sejarawan terkenal Khoo Kay Khim menyalahkan sistem pendidikan dalam polemik berkaitan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Katanya, sistem pendidikan sedia ada tidak menyediakan golongan muda untuk menjadi warganegara yang lebih berpengetahuan.

“(Ia jadikan mereka) lebih mudah ditipu orang yang ada niat jahat,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan buku autobiografinya I, KKK – The Autobiography of a Historian di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas dakwaan bahwa pindaan itu akan menjejaskan keharmonian kaum, Khoo menjelaskan masih ramai pihak tidak faham berkaitan undang-undang dan perlembagaan di negara ini.

“Jadi bila orang sebut tentang perlembagaan, apa maksudnya? Mereka tak tahu perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara.

“Undang-undang lain yang bertentangan dengan perlembagaan adalah tidak sah,” katanya.

Khoo berkata, jika timbul masalah, pihak dalam bidang kehakiman yang perlu menafsirkannya dan bukan orang biasa.

“Jadi kalau kita semua selalu ikut peraturan, undang-undang, tentu maslah tidak timbul.

"Tetapi kalau setiap orang boleh buat apa sahaja dengan sesuka hati, bagaimana?” katanya.

Lihat Komen