malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kes kehilangan aktivis: Polis siasat semua sudut
Diterbitkan:  Apr 10, 2017 5:21 PM
Dikemaskini: 9:24 AM
ADS

Pihak polis sedang menyiasat semua sudut berhubung kehilangan aktivis Peter Chong, termasuk sejarah perubatannya.

"Kami masih siasat laporan itu. Ia adalah laporan orang hilang.

"Kami akan juga semak (sejarah perubatannya)," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Dalam laporan berita lain, Amar dipetik berkata polis sedang menyiasat sama ada terdapat kaitan antara kes itu dengan penculikan paderi Raymond Koh, yang tidak dapat dikesan lebih daripada 50 hari.

Anak Chong, Darryl, dilaporkan berkata, kali terakhir dia melihat bapanya di rumah mereka di Kuala Lumpur pada Rabu lalu, dan keluarga mereka terputus hubungan dengannya beberapa hari kemudian.

Keluarga itu membuat laporan polis pada hari Sabtu.

Chong, juga adalah bekas pembantu kepada Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Dia adalah orang kelima yang terlibat dalam aktiviti politik atau keagamaan yang didakwa hilang sejak November.

Empat yang lain adalah Koh, paderi Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth dan aktivis Perlis Hope, Amri Che Mat.

Catatan terakhir Chong di Facebook sebelum dia dilaporkan hilang dikatakan agak "pelik" apabila beliau menceritakan pertemuannya dengan seorang penunggang motosikal muda pada 31 Mac lalu.

"Katanya, beliau mengenali saya dan saya sering menghadiri protes dan perhimpunan nyalaan lilin.

"Saya menyoal dia dari mana? Saya agak bimbang dan melihat sekeliling tetapi tidak ada orang lain.

"Dia kata dirinya menyokong apa yang saya lakukan. Beliau berkata 'tetapi mahu hati-hati... sekarang banyak orang tiba-tiba hilang. Mereka tsemua tahu mana orang tinggal," tulis Chong dalam Facebook.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen