malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tangguh bahas Akta 355 kerana 'semua orang penat'
ADS

Speaker Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan dan pengundian terhadap usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Syariah) 1965 kerana “semua orang penat”, kata Majlis Ahli Parlimen BN.

Timbalan pengerusi majlis itu Datuk Bung Moktar Radin berkata Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertindak demikian kerana parlimen telah bersidang 19 jam sehari sebelum itu.

“Semua orang masih mengantuk, saya sendiri hanya tidur dua jam manakala speaker pula tidak tidur langsung. Semua orang penat, itu sebabnya kita tangguhkan perbahasan,” katanya.

Parlimen bersidang sehingga pada jam 10 pagi pada 6 April sehingga 5.05 pagi pada 7 Julai.

Pakatan Harapan hari ini tindakan speaker yang bukan sahaja tidak membenarkan perbahasan tetapi menamatkan sidang lebih awal pada 4 petang berbanding waktu lazim 5.30 petang.

Bung bagaimanapun menolak tanggapan terdapat “sandiwara” dalam perkara itu.

“Tak ada, tak ada sandiwara, ia akan dibahas Julai (ini).

“Saya pun kena tunggu untuk bahas. Bukan hanya pembangkang mahu bahas, saya sendiri pun mahu bahas.

“Tetapi speaker kata ia akan dibuka untuk perbahasan Julai ini. Tiada salahnya dengan perkara itu, Kenapa pembangkang tak boleh tunggu?” katanya.

Lihat Komen