malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Penduduk dapat jalan tar menjelang lawatan saya
Diterbitkan:  Apr 6, 2017 6:01 PM
Dikemaskini: 10:12 AM
ADS

Dengan nada sinis, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berjaya meringankan sedikit tekanan sara hidup penduduk Pulau Tuba, Langkawi.

Dalam catatan terbaru di blog, bekas perdana menteri itu berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat tahu rancangannya untuk melawat pulau berkenaan, Najib akan mendahuluinya.

“Pulau Tuba akan dapat stadium mini dan jalan tar dari Najib kerana rancangan saya melawat pulau itu.

“Saya ucap berbanyak terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang sanggup kongsi dengan rakyat Malaysia duit yang diperolehi dari 1MDB, walaupun tidak halal,” katanya.

Najib berulang kali menafikan dirinya mengambil dana 1MDB dan berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku. Najib sebaliknya menuduh Mahathir dan mereka yang berkomplot untuk menggulingkannya daripada kuasa.

Dr Mahathir dalam tulisannya juga berjanji untuk menolong rakyat mengatasi beban hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

Walaupun tidak menamakannya, jelas ia merujuk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan sejak April tahun lalu dan penarikan beberapa subsidi termasuk, petrol, gula, tepung dan minyak masak.

“Banyaklah kampung-kampung yang menjemput saya untuk buat lawatan.

“Dan saya akan cuba membuat sebanyak lawatan yang mungkin kerana ini adalah satu cara bagi saya menolong rakyat mengatasi beban hidup rakyat kerana dasar kerajaan Najib,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, penduduk kampung sebenarnya bukan gembira dengan lawatan pemimpimpin Umno.

“Kata mereka “menyampah.

“Tetapi orang-orang ini akan bawa kotak plastik besar yang dilabel “Barakah”. Dalam kotak-kotak ini terdapat tepung, gula dan minyak masak dan lain-lain.

“Ini adalah hadiah dari Najib khusus kepada orang kampung yang dilawati oleh saya dan tokoh-tokoh BERSATU,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen