malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ketua Hakim Negara mahu kes-kes jenayah dipercepat
ADS

Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Tan Sri Md Raus Sharif berharap kes-kes jenayah yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan akan mengambil masa kurang daripada tiga tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata kes-kes melibatkan pembunuhan misalnya, mengambil masa sehingga 10 tahun untuk sampai ke Mahkamah Persekutuan, sebelum pembaharuan dilakukan Ketua Hakim Negara terdahulu, Tun Zaki Azmi dan Tun Ariffin Zakaria.

"(Tetapi) baru-baru ini satu kes (yang saya dengar mengambil) masa kira-kira empat tahun, dan kita sedang mengurangkan tempoh masa.

"Jika kita boleh melakukannya dalam satu tahun di Mahkamah Tinggi, sembilan bulan di Mahkamah Rayuan dan sembilan bulan di Mahkamah Persekutuan, ia adalah bagus.

"Ia boleh jadi lebih awal tetapi itu sasarannya," kata Md Raus.

ADS

Pengganti Md Raus sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menegaskan pentingnya mempercepatkan proses bagi kes-kes jenayah.

"Kita tidak mahu orang yang disabitkan perlu berlama-lama di dalam penjara selama bertahun-tahun.

"Bayangkan jika pada akhir hari, mereka dibebaskan, (ketika itu) mereka telah ditahan reman selama enam, tujuh tahun," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen