malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Annuar kini di IJN, jalani rawatan susulan
Diterbitkan:  Apr 3, 2017 4:49 PM
Dikemaskini: 8:52 AM
ADS

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian hari ini untuk menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Menurut Pegawai Khasnya Mohd Fadhil Yusof, Annuar menaiki penerbangan MAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.55 tengah hari.

"Annuar ke IJN kerana beliau mahu mendapatkan rawatan susulan daripada seorang doktor peribadinya yang sebelum ini pernah merawat beliau," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Fadhil berkata keadaan kesihatan Annuar semakin pulih dan beliau sudah boleh berjalan perlahan-lahan.

Sabtu lepas (1 April), Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh dikejarkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan mengalami muntah-muntah pada pukul 6.15 pagi hari sama.

- Bernama

Lihat Komen