malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
TPM jawab Kulasegaran, Zakir bukan pengganas
Diterbitkan:  Apr 3, 2017 2:43 PM
Dikemaskini: 7:56 AM
ADS

Pendakwah Islam Dr Zakir Naik tidak dihalang memasuki Malaysia kerana beliau tidak melanggar undang-undang negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Jabatan Imigresen Malaysia akan menyenaraihitamkan semua individu yang dianggap membawa ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman negara berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh agensi penguatkuasa yang berkaitan.

"Seseorang individu tidak akan disenaraihitamkan hanya berdasarkan laporan media melainkan agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkaitan untuk tindakan Jabatan Imigresen," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen hari ini selaku menteri dalam negeri.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya sebab mengapa Zakir Naik yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan tidak dihalang daripada memasuki Malaysia.

Ahmad Zahid bagaimanapun menjelaskan bahawa Zakir tidak dikategorikan sebagai pengganas dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSCR) 1988.

Beliau berkata jumlah individu yang dihalang memasuki negara ini sejak 2017 hingga 2017 adalah seramai 1.22 juta orang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen