malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lebih 900 ditahan di bawah Sosma
Diterbitkan:  Apr 3, 2017 10:07 AM
Dikemaskini: 2:23 AM
ADS

PARLIMEN | Hampir 1,000 orang sudah ditahan pihak berkuasa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 sejak ahir Julai 2012 hingga hujunng Februari lalu.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tindakan itu diambil bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara dapat dipelihara.

"Sejak 31 Julai 2012 hingga 22 Februari 2017, seramai 979 orang telah ditahan di bawah akta tersebut," katanya di Dewan Rakyat.

Katanya, Sosma adalah undang-undang berbentuk prosedur.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) yang ingin tahu jumlah tahanan dibuat mengikut akta yang turut dikenali sebagai Sosma itu.

Atiqullah juga bertanya mengenai jenis kesalahan yang dilakukan oleh tahanan terbabit.

Kata Ahmad Zahid, jenis kesalahan yang berkaitan sudah dinyatakan pada jadual pertama Sosma.

Kerajaan berkata, Sosma digubal bagi mengekang aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara.

Antara tindakan yang dianggap sebagai ancaman mengikut Sosma ialah:

  • Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar rakyat takut akan keganasan itu
  • Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong
  • Memudaratkan ketenteraman awam

Akta tersebut telah diluluskan di parlimen pada 17 April 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

Lihat Komen