malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Polis: Ada pihak mahu buat kacau jika debat diteruskan
ADS

Risikan pihak polis mendapati ada pihak tertentu mahu menimbulkan kekacauan sekiranya majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan, Jumaat ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, keadaan itu memaksa polis membatalkan kelulusan terhadap penganjuran acara berkenaan yang dijadual diadakan di Shah Alam.

"Inteligen (risikan) pihak polis menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada tarikh tersebut jika program ini diteruskan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor hari ini.

Mohd Fuad berkata, sehingga kini, polis menerima 18 laporan yang dibuat orang awam dan penduduk sekitar lokasi debat itu akan diadakan.

Selain penduduk di Shah Alam, Mohd Fuad berkata laporan juga dibuat oleh individu dari Klang, Serdang, Petaling Jaya dan Hulu Selangor.

Semalam, penganjur Debat, Sinar Harian mendakwa polis menarik semula kebenaran untuk menganjurkan debat itu, 24 jam selepas memberikan kebenaran bertulis.

Jumlah laporan itu dipercayai antara sebab mengapa pihak polis mengambil keputusan untuk menghalang majlis debat berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis bimbang tentang aspek keselamatan dan enggan mengambil risiko yang menjejaskan ketenteraman awam jika dialog itu diteruskan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen