malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM: China tentukan kontraktor ECRL
Diterbitkan:  Mar 29, 2017 4:49 PM
Dikemaskini: 8:54 AM
ADS

Kontraktor bagi projek East Coast Rail Link (ECRL) telah dicalonkan oleh China, mengikut jawapan bertulis Parlimen oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Beliau berkata Malaysia telah diberikan syarat-syarat pembiayaan yang menarik sebagai pertukaran untuk China mencalonkan kontraktor pilihannya.

Bagi membolehkan Malaysia mendpat terma kewangan yang terbaik ini, dalam rundingan (government to government) G2G berkenaan, syariakt pembinaan terbesar milik negara China iaitu China Communications Constructions Companya (CCCC) telah dinominasi oleh kerajaan negara China untuk melaksanakan ECRL dengan kos RM55 bilion.

Najib berkata demikian ketika menjawap soalan Nasruddin Hassan (PAS-Temerloh) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah melaksanakan penelitian yang mendalam dalam pemberian kontrak konsesi bagi pembinaan ECRL.

Perdana Menteri berkata CCCC mempunyai rekod yang baik dalam projek-projek pembinaan utama termasuk di Malaysia dan kerajaan yakin syarikat itu mampu menyiapkan projek ECRL.

Dalam satu lagi jawapan bertulis yang berkaitan, katanya Export Import Bank of China (China Exim Bank) menawarkan pinjaman mudah kepada Malaysia untuk membiayai projek itu pada kadar faedah yang rendah.

Katanya, pinjaman selama 20 tahun, termasuk 7 tahun grace period dengan tidak ada bayaran prinsipal diperlukan sepanjang tempoh tujuh tahun pertama.

“Bagi melayakkan malaysia memperolehi terma kewangan yang diawarkan oleh China Exim Bank, projekt ini perlu dilaksakan oleh CCCC, sebuah syarikat pembinaan terbesar milik kerajaaan China,” petik jawapan bertulis Najib.

Jawapan bertulis itu adalah sebagai respons kepada Tony Pua (DAP - Petaling Jaya Utara) yang mahu erajaan menyatakan kewajaran menganugerahkan kontrak berkenaan kepada CCCC.

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak akan diketepikan dalam projek itu, sambil menambah bahawa CCCC dikehendaki untuk melantik syarikat-syarikat tempatan untuk dipindahkan pengetahuan dan tekologi.

“Kerajaan secara prinsipnya setuju sekurang-kurangnya 30 peratus kerja infrastruktur projek turut melibatkan syarikat dan kontraktor tempatan,” katanya.

ECRL akan menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Ia dijangka meningkatkan hubungan perdagangan serta memacu pembangunan di Pantai Timur.

Lihat Komen