malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Jack Ma: Saya tak dibayar untuk jadi penasihat M'sia
ADS

Pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma berkata, peranannya sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia bukanlah pekerjaan yang mendapat upah, beliau juga pada masa yang sama tidak ingin dibayar.

Sebaliknya, Ma berkata, adalah penghormatan untuk dilantik sebagai penasihat Malaysia dan pulangan paling besar untuknya adalah lebih ramai yang mengikuti jejak langkah beliau.

"Saya tidak tahu. Saya tidak fikir begitu. Saya tidak mahu dibayar ganjaran berbentuk bayaran," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau dibayar kerana menjadi penasihat Malaysia.

"Saya rasa ia merupakan penghormatan kepada saya (sebagai penasihat). Jika lebih ramai mula melakukannya (dagangan elektronik), itulah pulangan terbaik yang saya dapat.

"Wang, bagi saya, tidak apa-apa," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Forum Transformasi Global (GTF) di Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan Alibaba adalah platform perniagaan kepada perniagaan e-dagang terbesar dengan anggaran bernilai AS$28.3 bilion dengan Ma berada di kedudukan ke-23 dalam senarai jutawan Forbes 2017.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik Ma sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia pada 4 November tahun lepas.

Ditanya mengenai skop kerja beliau, Ma menambah, beliau menganggap ceramah selama sejam di GTF adalah sebahagian daripada kerjanya.

"Saya fikir ya. Saya harap (sekurang-kurangnya) satu ayat dalam ucapan saya boleh membuat orang mula berfikir. Jika sepuluh orang mula berfikir secara berbeza, mereka ini boleh membuat perubahan untuk Malaysia," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen