malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Rizal: Cuba tengok gambar-gambar Betty
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 5:11 PM
Dikemaskini: 9:13 AM
ADS

Pembantu isteri perdana menteri Datuk Rizal Mansor membangkitkan pula hubungan isteri ketua menteri Pulau Pinang Betty Chew dengan ahli-ahli perniagaan di negeri itu.

Rizal membangkitkan perkara itu setelah kenyataannya berkaitan peranan Chew dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) ditepis oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee.

“Katanya Betty menolak tawaran jawatan dalam PCCC itu.

“Tapi bagi saya, tak salah kalau kita beranggapan tindakan Betty Chew itu pun mungkin setelah dapat kecaman ramai pihak dan liputan meluas media berkenaan hal itu.

“Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup?” kata Rizal.

Yeo pagi tadi berkata, majikan Rizal, Rosmah Mansor, patut meletakkan jawatan sebagai penaung PERMATA seperti tindakan Chew menolak cadangan untuk dilantik dalam jawatankuasa PCCC?

Malah, Yeo juga berkata kedudukan PCCC tidak boleh disamakan dengan PERMATA kerana ia sebuah badan perdagangan, bukan agensi kerajaan.

Dalam kenyataannya di Facebook, Rizal meminta Yeo melihat gambar-gambar Chew dalam laman web organisasi itu.

“Betty sebagai isteri ketua menteri dilihat rapat dengan rakan-rakan ahli perniagaan, mungkin sekiranya beliau lebih banyak habiskan masa dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan hal ini tak akan timbul,” katanya.

Beliau juga bertanya sama ada Chew pernah menjadi pengarah sebuah syarikat perunding harta tanah bersama seorang anggota perniagaan.

“Bukankah jelas ada conflict of interest di situ, Betty ada kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah ketua menteri serta exco tanah?” soalnya.

Perang mulut Rizal dan Yeo, yang bermula dengan peranan Rosmah di PERMATA, itu memasuki kini sudah melarat hampir seminggu.
 

'Contohi isteri Lim, letak jawatan PERMATA, Rosmah'


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen