malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Siasatan 'konspirasi 3 Tan Sri' telah diserah pada AG
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 3:55 PM
Dikemaskini: 8:23 AM
ADS

Hasil siasatan berhubung dakwaan "konspirasi tiga Tan Sri" untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri berkata laporan "chowkit/5870/2017" itu telah dikemukakan pada 29 November tahun lalu untuk arahan dan penelitian timbalan pendakwa raya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak mendedahkan hasil siasatan dan cadangan yang dikemukakan dalam jawapan bertulis di parlimen itu.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bekas naib presiden PAS itu mahu tahu berhubung status "siasatan palsu" Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun itu.

Laporan pada 26 Julai tahun lalu itu dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurut Khairul Azwan, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Lihat Komen