Adakah sekatan modal China jejaskan Malaysia?

(Dikemaskini )

ADUN Pengkalan Rinting ADUN, Cheo Yee How mahu penjelasan mengenai dasar kawalan modal China dan maklumat yang bercanggah mengenai sekatan itu.

“Hal ini telah menunjukan percanggahan maklumat dari SAFE (China State Administration of Foreign Exchange) dengan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dan Menteri Besar Johor (Datuk Seri Khaled Nordin),” kata Cheo dalam satu kenyataan hari ini.

Huang dilaporkan berkata bahawa dasar kawalan modal China tidak akan menghalang rakyatnya daripada membuat pelaburan hartanah di luar negara.

Khaled pula berkata projek pembangunan Forest City tidak akan terjejas oleh dasar kawalan modal di China, kata Cheo.

Bagaimanapun, beliau berkata, mengikut peraturan baru pada borang yang disediakan oleh SAFE, mulai awal tahun 2017, ia menyatakan bahawa rakyat China tidak dibenarkan untuk membeli hartanah, sekuriti pelaburan, insuran hayat dan sebagainya yang belum dibenarkan.

Cheo juga menegaskan bahawa stesen televisyen rasmi China juga melaporkan mengenai dasar kawalan modal dan menyebut tentang sekatan terhadap membeli harta di luar negara.

Terdapat dua projek pembangunan berhampiran Pengkalan Rinting di Johor oleh syarikat-syarikat dari China, manakala pembangunan mega “Forest City” juga berada berdekatan.

“Hampir 70 peratus hartanah dalam pembangunan tersebut dibeli oleh warganegara China, dengan pelaksanaan sekatan modal oleh kerajaaan China, termasuk melarang rakyatnya membeli hartanah di luar negara, akan memberi kesan kepada pasaran hartanah tempatan.

“Untuk mengelakan dari kekeliruan maklumat, pihak yang berkenaan diminta unutk membuat penjelasan,” katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali mendakwa bahawa projek itu boleh menjejaskan kedaulatan Malaysia.

[Baca berita penuh]

Share