malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Duta Besar China lawat Forest City semasa 'krisis'
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 5:23 PM
Dikemaskini: 10:31 AM
ADS

Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, hari ini melawat Forest City, berhampiran Johor Bahru, di sebalik perdebatan berterusan berhubung projek perumahan itu, yang membabitkan pelaburan dari China.

Menurut China Press, Huang tiba di tapak projek itu kira-kira jam 10 pagi ini.

Beliau disambut oleh Ketua Pegawai Strategi Forest City, Dr Yu Runze, yang mengucapkan terima kasih kepada duta itu kerana melawat projek berkenaan semasa "krisis".

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali mendakwa bahawa projek itu boleh menjejaskan kedaulatan Malaysia.

Pada sidang akhbar selepas itu, Yu menjelaskan bahawa beliau memilih istilah "krisis" kerana terdapat banyak dakwaan palsu terhadap projek berkenaan.

Sebagai contoh, katanya, dakwaan bahawa 700,000 warga China akan menduduki Forest City adalah berdasarkan anggaran penduduk masa depan, termasuk pekerja dan pelancong dari seluruh dunia.

Beliau juga berkata bahawa Forest City bukan keseluruhan projek pelaburan China, sambil memaklumkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai pegangan 40 peratus.

Yu mendedahkan bahawa 75 peratus daripada kakitangan firma itu adalah rakyat Malaysia, termasuk naib pengerusinya.

Selain itu, katanya, bahan binaan juga disediakan oleh syarikat-syarikat Malaysia, yang turut mengendalikan kerja-kerja penambakan tanah.

Mengenai pemaju projek Forest City di Johor dilaporkan menutup semua pusat jualannya di China, Yu berkata ini telah dibuka semula pada 13 Mac.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas tindakan Beijing menyekat aliran keluar modal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen