malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nazri: Saya tak perlu persediaan, boleh tanya apa saja
ADS

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak keperluan untuk beliau membuat persediaan bagi perdebatan dengan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tak perlu buat apa-apa persiapan, saya hanya akan hadir di sana pada 25 Mac ini (tarikh perbahasan).

"Saya tidak perlu persediana. Mereka boleh tanya apa sahaja, saya akan menjawab. Soalan yang saya boleh jawab, saya akan menjawab," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai persediaannya.

Ahli Parlimen Padang Rengas juga memberitahu bahawa beliau tidak pernah rasa takut berdepan dengan Mahathir.

"Tidak, tidak, tidak... Dia seorang ahli politik kanan yang telah bersara, saya seorang ahli politik kanan, itu perbezaannya,... saya masih seorang ahli politik kanan, masih seorang menteri," kata Nazri.

Debat berkenaan dijadualkan berlangsung di MRSM Kuala Kangsar di Perak, dan antara topik yang akan dibangkitkan termasuk 1MDB, ‘derma’ RM2.6 bilion yang berada di akaun Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak, Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan skandal BMF, yang berlaku sepanjang tempoh Mahathir sebagai perdana menteri.

Nazri sebelum ini, mencabar Mahathir untuk bertanding menentang beliau di Pandang Rengas, kawasan Parlimen yang disandangnya sejak 1995.

Mahathir kemudiannya mengeluarkan cabaran balas, meminta Nazri untuk bertanding menentangnya di kerusi Parlimen Langkawi.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa bekas perdana menteri itu yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), akan membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir walau bagaimanapun, kemudiannya menafikan bahawa beliau merancang untuk bertanding pada pilihan raya, dan mencabar pemimpin Umno itu supaya berdebat dengannya, ini diterima Nazri.

Nazri itu adalah pengkritik lantang Mahathir, sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen