malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dakwaan Umno akan hentikan debat mengarut, kata Nazri
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 2:23 PM
Dikemaskini: 6:43 AM
ADS

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegaskan bahawa perdebatannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 25 Mac ini.

Beliau juga menafikan dakwaan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa Umno mungkin menghentikan perdebatan itu kerana dirinya melanggar disiplin parti.

Bagi Nazri, Zainuddin seorang yang "bodoh".

"Beliau bukan lagi dalam kerajaan. Apa yang beliau cakap adalah sampah," kata menteri itu kepada Malaysiakini.

Menurut Nazri,malah perdebatan itu tidak dibangkitkan semasa mesyuarat kabinet yang terakhir.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata jika beliau dihalang daripada berdebat dengan Mahathir, ini akan disalurkan kepada beliau semasa mesyuarat kabinet.

Dalam tulisan di blog, Zainuddin, yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, Nazri sepatutnya mendapatkan kebenaran Umno atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum bersetuju untuk berdebat.

Beliau mendakwa tindakan Nazri itu memperkecilkan keupayaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang akan terlihat sebagai hanya berani menikam Mahathir dari belakang kerana menghormatinya atau kerana takut.

Antara tajuk perdebatan itu, yang dijadualkan berlangsung di MRSM Kuala Kangsar, termasuk isu 1MDB, ‘derma’ RM2.6 bilion yang berada dalam akaun Najib, Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan skandal BMF yang berlaku sepanjang tempoh Mahathir sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Nazri turut mengulaskenyatan polis yang berkata belum menerima permohonan mengenai perbahasan, dan keputusan untuk mengadakannya di sebuah sekolah.

"Pertama sekali, ini bukan tanggungjawab saya. Ini tanggung jawab Sinar Harian, selaku penganjur dan kumpulan Mahathir kerana mereka adalah yang mencabar saya. Kamu perlu bertanya kepada mereka.

"Mengenai sekolah, kita bukan mengadakan demonstrasi. Ini adalah perbahasan, jadi polis akan faham. Namun, saya difahamkan mereka telah berjumpa polis (untuk mendapatkan kebenaran).

“Polis hanya mahu surat daripada MRSM menyatakan ia (perdebatan) dibenarkan. Ia (perbahasan akan diteruskan), tidak ada masalah," katanya.

Mengenai dakwaan beliau tidak mewakili Umno atau kerajaan pada perbahasan, Nazri berkata perkara itu disebut oleh orang lain, dan bukan dirinya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau juga ingin tahu sama ada Mahathir mewakili pakatan pembangkang.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen