malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Hentikan krisis ‘gila’ ini, kata Zahid kepada Myanmar
ADS

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa Myanmar supaya menghentikan penindasan yang tidak berkesudahan terhadap etnik Rohingya yang digambarkannya sebagai krisis "paling gila”.

Dalam ucapannya pada majlis penutup persidangan Rohingya di Putrajaya hari ini, Zahid mengingatkan Myanmar mengenai ucapan bapa kemerdekaan negara itu, Mejar Jeneral Aung San pada tahun 1946 yang menyentuh mengenai kesaksamaan setiap bangsa.

“Kita amat kecewa apa yang berlaku dan tindakan Myanmar ke atas etnik Rohingya dan itu sangat tidak boleh diterima.

"Kita benar-benar berharap bahawa apa yang berlaku di negeri Rakhine akan berakhir tidak lama lagi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Myanmar melalui ikon demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi perlu membuktikan segera kepada komuniti ASEAN bahawa mereka juga berjiwa besar.

“Jika kita melihat kembali sejarah ASEAN, Malaysia adalah satu-satunya yang memperjuangkan nasib Myanmar sewaktu mereka bersendirian dan tiada rakan-rakan.

“Malaysia juga yang telah berusaha untuk memastikan kemasukan Myanmar sebagai anggota ASEAN,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen