malaysiakini logo
story-image
ADS

Angkatan Tentera Malaysia tidak terlibat dalam sebarang operasi ketenteraan di Yaman, sebaliknya hanya membantu usaha memindahkan rakyat negara ini dari situ, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Kata menteri pertahanan itu, anggota ATM tidak pernah keluar melepasi sempadan Arab Saudi.

"Kehadiran tentera ATM di pangkalan hadapan di Arab Saudi adalah untuk melaksananan misi tunggal kemanusiaan bagi memudahkan proses memindahkan rakyat Malaysia yg berada di Yaman," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hishammuddin menjawab soalan Datuk Dr Mujahid Yusof (AMANAH-Parit Buntar) yang meminta kerajaan menyatakan pembabitan ATM dalam konflik antara Arab Saudi dan pemberontak Yaman.

Pemerhati PBB pernah melaporkan, tentera pelbagai negaa - termasuk Mesir, Kuwait dan Jordan - yang diketuai Arab Saudi mungkin melakukan jenayah perang dalam konflik berkenaan.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan sama ada Malaysia terbabit secara langsung namun menyebut pegawai negara ini berada di pusat kawalan ketenteraan di Riyadh.

ATM menghantar anggotanya ke sana pada April 2015 ekoran keadaan tidak menentu di Yaman yang terletak bersebelahan Arab Saudi.

Menurut Hishammuddin, ATM yang dihantar bertugas di Arab Saudi tidak mempunyai kemampuan melakukan serangan ketenteraan.

Katanya, tindakan mana-mana pihak yang bergantung hanya kepada maklumat media mengenai isu itu bagi mengaitkan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan Malaysia tetap dengan pendirian berkecuali dan sama sekali tidak campur tangan dalam konflik Arab Saudi - Yaman," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen