K’jaan belum memutuskan pengauditan semula 1MDB

(Dikemaskini )

Kerajaan belum membuat keputusan sama ada juruaudit baru 1MDB Parker Randall akan mengaudit semula penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 yang pengesahannya telah ditarik balik oleh bekas juruaudit Deloitte.

"Sebarang keputusan mengenai pengauditan semula penyata kewangan beraudit 1MDB yang lepas akan dibuat selepas perbincangan dengan juruaudit baru," kata Menteri Kewangan Datuk Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua bertanya sama ada Parker Randall akan mengaudit semula penyata kewangan 1MDB untuk tahun 2013 dan 2014.

Parker Randall dilantik sebagai juruaudit 1MDB bulan lalu berikutan keputusan Deloitte untuk melepaskan tugas itu pada Julai tahun lalu.

Deloitte mengundurkan diri seminggu selepas Jabatan Keadilan (DOJ) mengumumkan saman pelucuthakan sivil yang bertujuan merampas dana dan aset yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Berikutan itu, Deloitte berkata bahawa penyata kewangan bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan.

Pua juga meminta menteri kewangan menyatakan bila 1MDB akan mengemukakan penyata kewangannya bagi tahun 2015 dan 2016.

Najib berkata bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melanjutkan masa sehingga 31 Mac untuk 1MDB mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan meluluskan penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan 2015 dan 2016.

 

#}