malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nik Abduh: Rakyat terpaksa tanggung ‘kesakitan lama’
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 12:19 PM
Dikemaskini: 4:37 AM
ADS

Rakyat terpaksa menanggung ‘kesakitan lama’ ekoran masalah pembaziran wang negara dan kegiatan rasuah yang diwarisi daripada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata masalah itu mula berlaku sewaktu zaman Mahathir ketika negara ini berada di zaman kemewahan.

Namun, kata Nik Abduh, kenikmatan itu tidak disyukuri, menyebabkan kegiatan tidak bermoral itu tumbuh begitu cepat dan terus ‘membengkak’ sehingga ke pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, lapor Utusan Malaysia.

“Pada zaman kita mewah dahulu kita lari daripada tuntutan supaya bersyukur nikmat Allah tersebut. Apa yang berlaku, pembaziran serta rasuah mula tumbuh begitu cepat, politik wang begitu berleluasa dan akhirnya merosakkan negara.

“Kita mewah di zaman Dr Mahathir dan kita bermasalah di zaman Pak Lah (Abdullah) dan hari ini kita terus bermasalah di zaman Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Razak).

“Kita terpaksa menanggung kesakitan lama, maka janganlah semasa kita berdepan tempoh yang susah ini, kita ambil jalan penyelesaian yang Allah tidak mahukan,” beliau dilaporkan sebagai berkata di parlimen semalam.

Ketika Mahathir membangkitkan masalah 1MDB, kerajaan pula menyalahkan Mahathir dalam skandal pertukaran mata awang asing (forex) yang menyebabkan kerugian besar pada negara.

Bulan lalu kerajaan memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian yang berlaku tiga dekat lalu itu.

Lihat Komen