malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Setengah juta masuk sektor awam guna SPM ke bawah
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 12:06 PM
Dikemaskini: 5:12 AM
ADS

Lebih setengah juta penjawat awam di negara ini memasuki sektor itu berbekalkan SPM dan kelayakan lebih rendah.

Seramai 275,375 orang penjawat awam masuk ke sektor itu menggunakan SPM manakala 231,972 lagi menggunakan sijil PMR, PT3 dan UPSR.

Perkara itu didedahkan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman di parlimen, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang mahu kerajaan menyatakan pecahan kakitangan kerajaan yang mempunyai kelulusan diploma, STPM, SPM dan gred gaji mereka.

Sementara itu, bagi diploma pula, seramai 191,642 orang dilantik sebagai penjawat awam dan STPM pula sebanyak 275,375 orang.

Lihat Komen