malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ketua pemuda Umno bahagian, teman wanita direman
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 8:03 PM
Dikemaskini: 12:12 PM
ADS

Seorang ketua Pemuda Umno bahagian di Johor ditahan reman bersama teman wanitanya bagi membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) 

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan tahanan reman selama tiga hari  terhadap suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun bermula hari ini sehingga Jumaat.

Keputusan berkenaan dibuat hakim Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

Lelaki bersama peniaga wanita itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.

Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.

Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Lihat Komen