malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Bagaimana dengan sekatan perjalanan pada rakyat sendiri?'
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 9:54 AM
Dikemaskini: 3:20 AM
ADS

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha untuk membantu 11 rakyat Malaysia yang dilarang meninggalkan Korea Utara, seorang rakyat Malaysia menggesa Putrajaya untuk turut mengkaji sekatan perjalanan sekatan yang dikenakan ke atas rakyatnya sendiri.

Kartunis Zunar berkata sementara Najib mengkritik Korea Utara kerana menjadikan rakyat Malaysia sebagai "tebusan" dan dengan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik, perdana menteri juga perlu melihat apa yang berlaku di negaranya sendiri.

"Najib telah mengkritik Korea Utara kerana melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara mereka, yang mana melanggar undang-undang antarabangsa.

"Tetapi bagaimana dengan rakyat Malaysia, seperti saya, yang dilarang ke luar negara kita sendiri? Adakah ini tidak melanggar undang-undang antarabangsa?" kata Zunar kepada Malaysiakini.

Zunar atau nama penuhnya Zulkifli Anwar Ulhaque, telah dilarang meninggalkan negara ini apabila dia hendak menaiki penerbangan ke Singapura pada Oktober lepas.

Beliau berkata ia akan menjadi satu hipokrit bagi Najib untuk menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat Malaysia, yang kini terperangkap di Korea Utara, tetapi mengenakan sekatan perjalanan terhadap rakyat sendiri.

Menurut Zunar, bukannya beliau tidak bersimpati dengan rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Utara, tetapi beliau hanya meluat dengan sifat hipokrat Najib.

Menurut pelbagai laporan berita, Korea Utara telah melarang 11 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu. Mereka termasuk diplomat, ahli keluarga mereka dan dua individu yang bekerja untuk Program Makanan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu.

Putrajaya mengambil tindakan balas dengan melarang diplomat Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, yang pernah dikenakan sekatan perjalanan oleh Putrajaya, berkata Malaysia dan Korea Utara tidak perlu mengenakan sekatan perjalanan terhadap satu sama lain.

"Mereka ini terperangkap dalam satu pertelingkahan diplomatik dan mereka harus dibenarkan untuk pulang. Tiada siapa yang dibenarkan untuk menjadikan mereka 'tebusan' sehingga pertikaian diplomatik itu diselesaikan," Maria kepada Malaysiakini.

Korea Utara dan Malaysia, katanya, mungkin telah melanggar Perkara 29 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, satu perjanjian antarabangsa yang menentukan rangka kerja bagi hubungan diplomatik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen