malaysiakini logo
story-image
ADS

PARLIMEN | Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menuntut pengkritik menunjukkan bukti bahawa perbelanjaan kerajaan banyak yang hilang akibat ketirisan.

Berhujah dengan Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Johari berkata beliau juga akan membuat semakan terhadap tuduhan berkenaan.

"Saya nak semak dengan Ketua Audit Negara, saya nak suruh dia tunjuk saya maklumat bahawa 20 peratus perbelanjaan kerajaan adalah tiris," katanya di parlimen hari ini.

Sebelum itu Ngeh bertanya mengenai jumlah dana yang hilang daripada kerajaan akibat ketirisan dan salah urus tadbir.

Memetik kenyataan bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ngeh menndakwa ada antara 10 hingga 30 peratus dana kerajaan hilang kerana masalah berkenaan.

Ngeh juga mendakwa ada kontrak kerajaan diberikan jauh lebih tinggi berbanding nilai pasaran.

Menjelang persaraannya pada Januari lalu, Ambrin memberitahu suatu forum bahawa antara 10 hingga 30 peratus pelaburan kerajaan dalam projek awam mungkin hilang akibat salah pengurusan.

Tambahnnnya, kira-kira 20 hingga 30 peratus nilai projek juga hilang kerana amalan rasuah.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kemudian mengarahkan Johari dan Ngeh berhenti berbalas hujah kerana mengganggu perjalanan sidang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen