malaysiakini logo
ADS
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
NGO harap memo bukakan hati Gobind pada Islam
ADS

Sekumpulan individu mendakwa mewakili 500 NGO berharap memorandum yang dihantar kepada Gobind Singh Deo akan membuka hati ahli parlimen Puchong itu terhadap Islam dan sekali gus menyokong pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Masridzi Sat, salah seorang pemimpin dalam Himpunan Ummah di Puchong hari ini, melahirkan harapan itu selepas solat Jumaat di Masjid Al Husna.

"Kita harap dengan memorandum yang kita hantar dan barakah hari Jumaat kita berkumpul di masjid yang mulia ini, kita harap mudah-mudahan membukakan hati Gobind Singh, bukan sahaja dia menyokong, mudah-mudahan tak menentang, bahkan mudah-mudahan dia memeluk Islam Insha Allah," kata Masridzi dalam ucapannya.

Memorandum itu, antara lain, menggesa Gobind menghormati hak umat Islam untuk meminda Akta 355, dan sama ada menyokong atau tidak mengundi berhubung pindaan itu di Parlimen.

Ia merupakan reaksi kepada kenyataan anggota parlimen Puchong itu bahawa DAP tidak akan menyokong pindaan tersebut.

ADS

Pindaan ini yang dicadangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berusaha untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah iaitu penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Semasa ini had hukuman mahkamah syariah adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Kumpulan itu berpakaian ungu - sama seperti warna tema pada perhimpunan PAS untuk menyokong pindaan itu dua minggu lalu.

ADS

Mereka membawa beberapa sepanduk, antaranya berbunyi 'Umat Islam Puchong Tolak Gobind Singh'.

Selepas mendengar ucapan di Masjid Al Husna, kumpulan itu kemudian menuju ke pejabat pusat khidmat Gobind, kira-kira empat kilometer di Bandar Puchong Jaya.

Di sana, pengerusi Himpunan Ummah, Aminuddin Yahaya menyerahkan memorandum itu kepada pembantu Gobind, Tawfiq Azraie.

"Jika beliau tidak menyokong pindaan Akta 355, maka undi umat Islam kepada beliau akan hilang," kata Aminuddin kepada Tawfiq.

Tawfiq memberitahu pemberita bahawa Gobind sedar memorandum itu telah dihantar kepadanya.

Dalam satu kenyataan, Gobind berkata beliau menghormati kumpulan itu yang menghantar memorandum kepadanya itu dan berkata, beliau menerima dan menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Katnya, orang Islam dan orang bukan Islam mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pindaan itu dan beliau berpegang teguh menentangnya.

"Saya akan berikan sebab-sebab saya secara terperinci apabila usul itu dibahaskan di Parlimen," kata Gobind.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen