malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rahman Dahlan nafi salah guna kuasa menteri
Diterbitkan:  Mar 3, 2017 1:46 PM
Dikemaskini: 6:10 AM
ADS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan penyalahgunaan kuasa dengan pemberian lanjutan masa (EOT) bagi pembinaan projek kondominium oleh BHL Group of Companies.

"Dalam kes tertentu yang dirujuk oleh DAP, tidak ada salah guna kuasa ketika saya adalah menteri KPKT (kementerian perumahan & kerajaan tempatan).

"Keputusan saya ambil adalah berdasarkan kuasa yang jelas diberikan kepada menteri KPKT seperti yang dinyatakan di bawah Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966,” katanya yang juga adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini.

Beliau berkata keputusan memberi EOT adalah berdasarkan merit dan bukannya dipengaruhi surat sokongan.

"Berhubung surat sokongan, saya boleh memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua permohonan EOT diluluskan semata-mata berdasarkan merit.

"Tidak ada surat sokongan boleh menggantikan prosedur yang ketat dalam meluluskan permohonan EOT.

"Malah, surat sokongan tidak mempunyai nilai dalam menentukan kelulusan. Surat itu, hanya formaliti, " katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahman mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramsamy, semalam, yang mendedahkan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap menteri itu dan isteri Peguam Negara, Puan Sri Faridah Begum KA Abdul Kader.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pada Selasa lalu mendakwa Faridah menulis surat kepada Abdul Rahman memohon EOT bagi dua projek di bawah BHL Group of Companies.

EOT akan membolehkan BHL tidak membayar ganti rugi atau pampasan tertentu (LAD) kepada pembeli rumah kerana mengambil lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen