malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Di Arab Saudi minyak naik 50%, kata Najib
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 12:45 PM
Dikemaskini: 4:58 AM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membandingkan kadar kenaikan harga minyak negara ini dengan Arab Saudi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan walaupun kenaikan cuma berlaku sekitar 10sen atau 20sen.

“Saya nak beritahu harga minyak di Arab Saudi naik 50 peratus, kita di sini riuh rendah kalau naik 10 sen, 20 sen, tapi di Arab Saudi dah naik 50 peratus.

“Ini semua memaklumkan tuan-tuan puan-puan, janganlah kita kelirukan rakyat atau hasut rakyat sebab setiap langkah yang dibuat kerajaan bertujuan untuk kepentingan jangka panjang dan pendek kita,” katanya di ibu negara hari ini.

Awal bulan lalu Facebook Najib diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen.

Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud tiba untuk lawatan empat hari di negara ini semalam.

Arab Saudi kali terakhir dilapor menaikkan harga minyaknya pada 28 Disember 2015.

RON91 naik 20sen dari 0.45 riyal kepada 0.75 riyal manakala RON95 pula naik 30 sen dari 0.6 riyal kepada 0.9 riyal.

Lihat Komen