malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M, dengarlah teguran pedas Sultan Johor - Salleh
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 6:43 PM
Dikemaskini: 10:48 AM
ADS

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengendahkan teguran pedas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Salleh berkata, Sultan Ibrahim terpaksa menegur Mahathir setelah bekas perdana menteri itu bertindak melebihi batasan sehingga sultan tidak lagi boleh bertolak ansur.

"Hari ini, Sultan Johor menegur dengan kata-kata yang pedas ke atas pemimpin yang disifatkan sebagai nyanyuk dengan ramai yang percaya bahawa baginda memaksudkan Mahathir.

"Dan ini bukan kali pertama Mahathir menerima teguran sedemikian oleh Sultan Ibrahim. Adalah bijaksana jika Mahathir mendengar teguran baginda.

"Mahathir kini dilihat tidak dapat mengasingkan antara dendam peribadi dengan kepentingan negara. Mahathir mengundang cemuhan ke atas dirinya dan hanya mampu menyalahkan diri sendiri," jelas Salleh dalam blognya.

Awal hari ini, Sultan Ibrahim menyindir keras sikap seorang pemimpin, yang dipercayai merujuk kepada Mahathir.

Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin 'orang luar' ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.

“Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat.

“Dulu dia kata media barat suka buat cerita, tapi sekarang, cerita media barat dikatanya fakta.

"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen