malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'M'sia di bawah kediktatoran agama jika Akta 355 dipinda'
ADS

ULASAN l Pemimpin PAS sering kali menyatakan undang-undang yang diguna di Malaysia yang mengikut aliran dunia Barat tidak berkesan mengurangkan jenayah dan maksiat.

Sebaliknya, #RUU355 akan membuka peluang untuk negara kita lebih maju dengan membanteras jenayah.

Yang saya, dan semua yang tidak bersetuju dengan #RUU 355 berpendapat, dalam melaksanakan undang-undang syariah yang begitu keras dan yang lari dari prinsip Perlembagaan Persekutuan, ia akan menakutkan serta memecah-belahkan rakyat berbilang kaum.

Lama-kelamaan ia akan membawa kapada keruntuhan keamanan sosial dan kestabilan eknomi sampai menjadikan negara kita 'failed state'. Akibatnya ekonomi meleset, pengangguran meningkat dan kemiskinan merebak.

Negara seperti ini banyak dalam dunia Islam. Mereka mengalami lebih banyak maksiat dan jenayah kerana bila perut dah kosong dan anak tak mampu bersekolah, dan keluarga dah hilang aqal dengan kemiskinan, maka ibu bapa reda buat apa sahaja maksiat yang perlu untuk hidup.

Sebab itu sekarang pun kita melihat negara-negara Muslim yang banyak sekali ada penyeludupan dadah, penjualan kanak-kanak dan perompakan serta perangai sosial yang buruk sekali.

Apakah megahnya dengan undang-undang syariah jika negara jadi huru-hara?

Yang menjadi mangsa selalunya perempuan. Banyak yang tidak tahan, lari ke negara lain di Barat. Apabila wanita tertekan dalam kebebasan manusia, negara tidak dapat maju dengan sepenuhnya.

Saya berpendapat jika benar ada kelemahan undang-undang sekular yang kita pakai di Malaysia, segala isu yang berbangkit boleh dibahas dan dibaikki mengikut cara perbincangan dan perundingan terbuka selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi.

Sebaliknya jika kita pakai undang-undang syariah di bawah #RUU355, semua mesti ikut apa yang kumpulan ulama tetapkan kerana mereka anggap diri sendiri sebagai yang bijaksana.

Mereka melarang sebarang teguran dari orang ramai terutama sekali bukan Islam dan golongan cendekiawan yang memberi pandangan berbeza.

Semua mereka dituduh melawan ajaran Islam dan disuruh keluar dari bumi Malaysia. Sikap 'religious dictatorship' inilah yang amat membimbangkan dan akan hindar kemajuan negara.

Kita harus ambil ajaran dari negara lain yang telah melaksanakan undang-undang syariah dan kemudian sesal dan cuba hendak memansuhkannya demi kemajuan sosial dan ekonomi rakyat.

Menteri dan gabenor wilayah yang menyokong reformasi dibunuh oleh pihak ekstremis atas alasan mempertahan kedaulatan Islam.

Kita tahu sikap "religious dictatorship" ini tidak sesuai dengan sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

Kita telah maju jauh kehadapan berbanding negara-negara Muslim lain kerana sistem pentadbiran dan perundangan yang dipandang progresif.

Amatlah rugi jika kita mengubah sistem ini kepada sistem yang telah menjadikan banyak negara Islam mundur kebelakang.

Akhirnya saya ingin memetik dari perkataan ulama yang berilmuan tinggi:

"The Holy Quran and Hadiths are divine. But the interpretation and implementation of the religious texts are human." Dengan itu rakyat berhak menentang #RUU 355 yang dicadang oleh manusia biasa.


Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim adalah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia.

Artikel ini pertama kali dimuatkan di Facebook Kumpulan Melayu Terkemuka G25 dan adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen