malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tuntut royalti minyak, dapat beg cenderamata Petronas
Diterbitkan:  Feb 17, 2017 7:52 PM
Dikemaskini: 11:56 AM
ADS

Kumpulan NGO, Royalti Kelantan hari ini menyerahkan memorandum kepada ibu pejabat Petronas, menggesa syarikat minyak negara itu tidak menghalang Kelantan daripada mendapatkan royalti yang sah daripada minyak yang diperoleh dari negeri itu.

Kira-kira 10 aktivis yang diketuai oleh Presiden Royalti Kelantan, Nazri Deraman, berkumpul di luar Menara Berkembar Petronas, yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

Petronas menghantar pegawai komunikasi strategik Intan Razak untuk turun menerima memorandum itu.

Pegawai berkenaan kemudiannya menghadiahkan beg berisi barangan cenderamata dari Petronas.

Sebelum itu, Nazri berkata, NGO berkenaan memohon layanan setara di antara negeri-negeri pengeluar minyak.

"Kami dapat tahu (royalti) telah dibayar kepada Sarawak, Terengganu dan Sabah.

“Bagaimanapun, setakat ini, Kelantan dinafikan royalti," katanya.

Memorandum itu mendakwa Petronas telah melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Ia memohon agar royalti lima peratus setahun, yang belum dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan, yang diterajui PAS dibayar pampasan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen