malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Riza Aziz cabar rampasan harta DOJ, dakwa tak bersalah
Diterbitkan:  Feb 17, 2017 3:13 PM
Dikemaskini: 9:26 AM
ADS

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz memfailkan cabaran terhadap usaha kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas harta tanah yang didakwa dibeli dengan dana yang digelapkan daripada 1MDB.

The Hollywood Reporter melaporkan bahawa dalam kenyataannya minggu lalu, Riza mendakwa beliau "tidak bersalah" memiliki aset tersebut.

Peguam Riza, Matthew Schwartz, dalam menuntut pembatalan saman sivil daripada Jabatan Keadilan  (DOJ) berkata, kerajaan Amerika Syarikat gagal memasukkan butiran penting mengenai jenayah yang dimaksudkan itu.

Schwartz berkata kerajaan Amerika Syarikat gagal menunjukkan penglibatan khusus Riza dalam urusniaga tersebut.

Peguam itu membandingkan kes 1MDB dengan tindakan rampasan memorabilia Michael Jackson oleh Amerika Syarikat daripada anak presiden Equatorial Guinea, lapor The Hollywood Reporter.

"Yang pasti, (aduan kerajaan) mendakwa 'konspirasi antarabangsa untuk mencuci wang yang disalahgunakan' daripada1MDB - tetapi gagal mengenal pasti konspirator yang dikatakan, atau perbuatan yang didakwa jenayah," kata usul terhadap kes berkaitan harta Beverly Hills.

Schwartz  turut mempersoalkan siapa pegawai kerajaan Malaysia yang melakukan penyelewengan, mengarahkan pembayaran dan bagaimana penipuan dilakukan.

Berikutan itu, Schwartz meminta hakim menolak aduan kerajaan Amerika Syarikat kerana tidak mempersoalkan kesahihan dana asing yang lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen