malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Adakah pembelian Eagle High patuhi dasar, peraturan Felda?
Diterbitkan:  Feb 16, 2017 4:29 PM
Dikemaskini: 8:32 AM
ADS

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk membuktikan bahawa pembelian firma PT Eagle High Plantation Indonesia adalah berdasarkan dasar dan peraturan .

Rafizi berkata pembelian saham 37 peratus, yang memerlukan Felda untuk mendapatkan pinjaman, adalah usaha yang berisiko tinggi - kejadian sama ketika Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang memberi amaran kepada agensi itu dalam laporan audit 2010.

Ambrin kemudian membidas Felda kerana membuat pelaburan yang melanggar syarat bahawa pelaburan dalam syarikat-syarikat lain tidak boleh melebih lebih 24 peratus daripada jumlah dana dalam akaun Felda, untuk mengelakkan risiko.

“Mana-mana ahli Lembaga Pengarah yang bersekongkol meluluskan pembelian itu ((PT Eagle High) atau yang bersetuju memansuhkan had (24 peratus) itu; suatu hari nanti boleh disiasat dan didakwa sekiranya keputusan itu menjejaskan kepentingan Felda.

“Oleh yang demikian, saya mencabar Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Felda untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa Felda melanggar peraturan dan dasar yang mengawalselia pelaburannya yang ditetapkan sendiri oleh Lembaga Pengarah Felda?

“Jika Shahrir percaya keputusan membeli PT Eagle High itu tidak melanggar peraturan dan dasar pelaburan Felda, saya cabar beliau mendedahkan minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah untuk menunjukkan bahawa peraturan dan dasar Felda yang menghadkan jumlah pelaburan di dalam syarikat (melalui pembelian saham-saham) telah dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrir semalam berkata pelaburan Eagle High tidak akan memberi kesan kepada peneroka atau perjanlanan urusan Felda.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen