malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Felda jual aset untuk stabilkan aliran tunai, kata Shahrir
Diterbitkan:  Feb 15, 2017 11:37 AM
Dikemaskini: 3:39 AM
ADS

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjual beberapa "aset matang" untuk menstabilkan aliran tunai, kata pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad.

"Paling penting adalah untuk menstabilkan aliran tunai untuk Felda.

"Sebab itu tahun lepas keputusan dibuat untuk menjual atau mencairkan beberapa pelaburan dalam portfolio kami," kata Shahrir, ketika ditemu bual oleh stesen radio BFM, pagi ini.

Beliau merujuk penjualan sebahagian saham Felda dalam Maybank dan hasrat lembaga itu untuk menjual hotel miliknya di Bayswater, London, sebagai sebahagian daripada rancangan berkenaan.

Menurut Shahrir, Felda menjual saham Maybank, demi menjaga aliran tunainya tahun lalu.

"Saya berpendapat bahawa hotel di Bayswater telah matang dalam erti kata bahawa nilainya telah meningkat dan ketika kita membelinya (nilai) pound adalah agak rendah, kurang daripada lima dan kini ia lebih daripada lima," katanya.

Shahrir juga bercakap mengenai pelaburan firma perladangan Eagle High, yang dikecam oleh beberapa pihak.

Beliau berkata pelaburan itu tidak akan menjejaskan peneroka atau urusan Felda sendiri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen