malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hentikan mainkan isu caj hospital naik, kata Hilmi
Diterbitkan:  Feb 12, 2017 2:55 PM
Dikemaskini: 6:58 AM
ADS

Kementerian Kesihatan meminta pihak tidakbertanggungjawab agar berhenti daripada memainkan isu dan menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kenaikkan caj rawatan perubatan di hospital kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata isu itu sering ditimbulkan terutama oleh pihak pembangkang sehingga timbul pelbagai protes, sedangkan kos yang naik hanya melibatkan perkhidmatan di wad kelas satu dan dua.

"Yang naik kos untuk kerajaan, tapi yang kita (kerajaan) caj kepada rakyat tidak naik, masih RM3 sehari bagi wad kelas tiga.

"Pesakit boleh pilih sama ada nak duduk kelas satu, dua atau tiga. Kalau duduk kelas tiga pun masih dapat jururawat dan doktor yang sama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pelajar sempena Tahun Baharu Cina, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas, kira-kira 2.2 juta pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan dan daripada jumlah itu hanya lebih 30,000 pesakit dirawat di wad kelas satu dan dua.

ADS

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada November lepas mengumumkan caj perkhidmatan wad untuk pesakit kelas satu dan dua dinaikkan berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Caj baharu itu bagaimana pun tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas tiga yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas dua, jika tiada katil kosong di wad kelas tiga.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen