malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Biarkan parlimen selia GLC, kata ahli ekonomi
ADS

Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa pengawasan Parlimen yang berbeza untuk mengelakkan kebocoran seperti yang berlaku terhadap 1MDB dan Felda.

Perkara ini dicadangkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) selepas membandingkan amalan perundangan terbaik di dunia, yang menekankan kepada kepentingan semak dan imbang dalam membendung ketirisan dalam agensi utama kerajaan.

Pada sidang akhbar semalam, Timbalan Presiden MEA Datuk Latifah Merican Cheong berkata, negara ini hanya mempunyai Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang tidak mengikut amalan perundangan lain dengan melantik seorang ahli parlimen pembangkang untuk mempengerusikan entiti itu.

PAC yang dipengerusikan anggota parlimen (BN) Rompin Datuk Hasan Arifin, menerima kritikan pembangkang kerana menafikan peranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

MEA telah mencadangkan pelbagai jawatankuasa parlimen tetap untuk ditubuhkan sejak pembentukan kerajaan selepas pilihan raya, katanya.

Kepada satu soalan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia yang berkhidmat dengan bank pusat selama tiga dekad itu mengakui kemelut 1MDB dan Felda boleh dielakkan jika jawatankuasa parlimen tetap ditubuhkan.

"Ya, ia boleh (dielakkan). Jika anda mempunyai jawatankuasa parlimen mengenai kewangan dan hutang negara, kita boleh memeriksa semua isu-isu ini," kata ahli ekonomi itu.

"Mereka akan bekerja terhadap laporan dan mereka menyiarkannya," katanya, sambil menambah bahawa laporan yang disediakan oleh jawatankuasa itu tidak boleh diklasifikasikan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen