malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Mertuaku letak jawatan kerana salah orang lain'
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 11:22 AM
Dikemaskini: 3:27 AM
ADS

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa bekas gabenor Bank Negara allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein, yang juga bapa mertuanya, meletakkan jawatan 22 tahun lalu kerana “tutup salah orang lain”.

Nur Jazlan membuat kenyataan itu di tengah-tengah kenyataan bekas pembantu gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid bahawa bank pusat itu kerugian AS$10 bilion dalam pasaran pertukaran asing semasa pentadbiran Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Murad berkata, walaupun jumlah kerugian itu besar, tiada siasatan dibuat.

Jaafar, yang mentadbir daripada tahun 1985 meletakkan jawatan pada 1 April 1994. Beliau meninggal dunia empat tahun sesudah itu.

Peletakan jawatan itu diikuti dengan pengakuan Bank Negara bahawa mereka kerugian RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Al-fatihah kepada Tan Sri Jaffar Hussein bekas gabenor BNM yang letak jawatan hari April Fool 1994 kerana tutup salah orang lain.

“Sikit jumlah orang macam ini,” tulis Nur Jazlan di Twitter beliau.

Ia turut melampirkan keratan akhbar, berhubung kenyataan Murad minggu lalu serta laporan Utusan Malaysia pada hari Jaffar meletakkan jawatan dengan tajuk “Saya silap – Gabenor”.

Selain dakwaan itu, dokumen rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat juga mencadangkan pentadbiran Mahathir sedar berkaitan rundingan meragukan Bumiputera Malaysia Finance ()BMF pada 1980-an.

Mahathir mendakwa CIA berkomplot bagi memburuk-burukkannya.

Beliau juga menulis blog membezakan antara skandal BMF dengan 1MDB, yang antaranya berhujah laporan CIA berkaitan BMF tidak melibatkan perdana menteri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen