malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Salleh anggap tuduhan Mahathir mengarut
Diterbitkan:  Jan 25, 2017 7:55 PM
Dikemaskini: 11:59 AM
ADS

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengaitkan beliau dengan skandal kewangan BMF pada 1983 adalah untuk memburuk-burukkan bekas perdana menteri itu.

"Jika (dakwaan Dr Mahathir) itu adalah benar, mengapa CIA menunggu sehingga 34 tahun untuk melakukan ini?

"Mereka boleh melakukannya ketika beliau masih perdana menteri dan bukan sekarang apabila beliau tidak lagi penting kepada AS," katanya dalam blog hari ini.

Salleh juga mengakui laporan berkaitan BMF itu adalah dua daripada 13 juta halaman yang dibatalkan kerahsiaannya serta hanya kebetulan semata-mata.

"CIA tidak membatalkan kerahsiaan hanya dua halaman berkaitan isu BMF saja.

"Banyak negara membatalkan kerahsiaan dokumen rahsia atau tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi selepas 25, 35 tahun atau lebih, bergantung kepada sensitiviti dokumen berkenaan. Sesetengahnya kekal rahsia selamanya.

"Tetapi untuk Dr Mahathir menyatakan CIA membatalkan kerahsiaan 13 juta halaman dokumen hanya untuk membocorkan dua halaman berkaitan BMF bagi memburuk-burukkan beliau adalah mengarut," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen