malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Suspek seleweng projek Felda direman 7 hari
Diterbitkan:  Jan 25, 2017 1:18 PM
Dikemaskini: 5:24 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan perintah reman untuk empat pegawai kanan Felda yang disyaki terlibat dalam penyelewengan projek penternakan ikan sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta).

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan suspek, termasuk seorang berpangkat “Datuk”,direman selama seminggu supaya SPRM dapat melengkap siasatannya.

Pegawai-pegawai Felda itu dibawa ke depan majistret Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman dengan berpakaian lokap berwarna jingga.

Mereka disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM, berkaitan kesalahan menipu.

SPRM semalam menahan empat individu kerana dipercayai menyalah guna kedudukan untuk kepentingan sendiri.

Turut ditahan dalam Op Caviar di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang itu seorang pegawai harta tanahnya di London.

Suspek didakwa menubuhkan sebuah anak syarikat pada Januari 2014 dan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan ikan stugeon di Korea tanpa pengetahuan lembaga pengarah, bahagian perundangan dan bahagian kewangan Felda.

Siasatan awal SPRM mendapati walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar, Pahang, pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea itu seminggu selepas anak syarikat ditubuhkan.

Lihat Komen