malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Forest City boleh contohi kejayaan Dubai'
ADS

Merujuk kejayaan Dubai, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan usaha kerajaan menarik pelaburan asing ke projek Forest City di selatan tanah air.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 penduduk Flat Desa Pandan di Kuala Lumpur, pagi ini, katanya, Dubai suatu ketika dahulu adalah hanya sebuah padang pasir tandus, tetapi berjaya menarik pelaburan asing.

“Hari ini Dubai menjadi satu metropolis yang hebat dan rakyatnya mendapat pendapatan yang tinggi.

“Kalau dasar Dubai berjaya, kita pun boleh bangunkan tanah,” katanya.

Menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penjualan tanah di Forest City kepada pelabur Cina akan menjejaskan kedaulatan negara, Najib berkata tanah berkenaan dijual secara pegangan pajakan 99 tahun.

Oleh itu, isu kedaulatan tidak timbul, katanya.

“Bila dia beli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Di mana soal kedaulatan kita terkorban, tuan-tuan dan puan-puan? Bukan kita bagi kewarganegaraan […]

“Dia (Mahathir) buat suatu kenyataan palsu. Satu fitnah besar sebenarnya, kepada kerajaan negeri Johor dan kerajaan Malaysia, kononnya kita nak bagi kewarganegaraan kepada mereka.

“Mereka ini warganegara China, ekonomi dunia yang paling besar. Mereka kaya-raya, mereka tak ada hasrat nak jadi warganegara Malaysia,” katanya.

Najib berkata sekalipun pelabur China di City Forest mendaftar di bawah program ‘Rumah Keduaku’, mereka hanya akan mendapat status sebagai pemastautin tetap dan bukannya kewarganegaraan.

Sebaliknya, menurut perdana menteri, ekspatriat itu akan membawa keluarga mereka ke Malaysia dan membelanjakan wang di negara ini, dan Malaysia akan mendapat manfaat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen