malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Universiti Malaya (UM) hari ini menangguhkan prosiding ke atas empat aktivis sisawa yang ditahan kerana membawa plakad ketika Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy melawat pusat pengajian itu Oktober lalu.

Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Kon Hua En, berkata prosiding berkenaan akan diadakan semula pada 24 Februari ini.

Keempat-empat penuntut yang berdepan tindakan disiplin ialah Timbalan Presiden Umany, Tan Jia You; setiausaha agung, Lau Li Yang; ketua biro publisti, Chua Hun Ti dan bekas presiden mereka, Ho Chi Yang.

Mereka dituduh melanggar disiplin, mengganggu ketenteraman dan menghasut atau terlibat memboikot majlis rasmi UM.

Jika didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin universiti berkenaan, keempat-empat mereka boleh didenda sehingga RM200, digantung pengajian atau dibuang dari institut pengajian tinggi awam itu.

Mereka didakwa mengangkat plakad mengenai 1MDB ketika Arul Kanda memberikan taklimat dimajlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu.

Menurut Kon, tindakan diambil UM menunjukkan universiti berkenaan tidak memahami makna kebebasan memberikan pendapat.

"Sebuah universiti sepatutnya menjadi tempat yang bebas dan tiada campur tangan politik dalam pentadbirannya.

"Sebuah universiti perlu sentiasa mempertahankan kebenaran dan keadilan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Kon, ketika siswa mengadakan protes semasa Presiden AS, Barack Obama, memberikan ucapan di UM pada 2013, kedutaan negara itu memberikan sokongan kepada hak mereka menyatakan pandangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen