malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Umno susun strategi tawan Kelantan - Mustapa
Diterbitkan:  Jan 14, 2017 6:14 PM
Dikemaskini: 10:31 AM
ADS

Umno Kelantan kini melakukan pelbagai persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata pelbagai persiapan dan strategi disusun untuk menawan lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kalau ikut spekulasi PRU14 mungkin diadakan pada tahun ini dan Badan Perhubungan Umno Kelantan telah membuat banyak persiapan," katanya kepada
pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 anggota Umno di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perupok di Bachok, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata Umno Kelantan juga telah menggerakkan jentera parti dengan melantik anggota jawatankuasa di
peringkat akar umbi terutama di PDM dan cawangan.

"Kita serius dengan perkara ini (PRU14) dan kita bersedia lebih awal pada kali ini. Kita akan melaksanakan kerja-kerja dengan penuh strategi bagi menawan
kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti," katanya.

Hadir sama Ketua Umno bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Ketua Umno bahagian Dr Ilias Husain, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Senator Datuk Hanafi Mamat dan Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad.


-Bernama

Lihat Komen