malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Mufti, Raja Muda Perlis edar bantuan bah ke Thailand
Diterbitkan:  Jan 10, 2017 5:02 PM
Dikemaskini: 9:02 AM
ADS

Biarpun dipisahkan sempadan politik, kesusahan mangsa banjir di selatan Thailand turut menggamit rasa prihatin daripada negeri bersebelahannya, Perlis.

Atas dasar itu, Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) turut sama mengedarkan sumbangan di beberapa wilayah sempadan di Phang Nga, Krabi dan Trang.

Menurut Mufti Perlis Prof Datuk Dr Asri Zainul Abidin, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut sama dalam acara itu.

“Atas tanggungjawab menghubungkan ukhuwah Islamiah dan amanah atas kelebihan yang Allah berikan, MAIPS sentiasa berhubungan dengan wilayah-wilayah majoriti Muslim di Thailand.

“Sumbangan bantuan minda dan kewangan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sini,” tulisnya di Facebook semalam.

Asri bersyukur, walaupun berdepan cabaran banjir, mereka berjaya merentasi banjir semalam.

“Walaupun ada program yang terpaksa ditangguhkan tapi usaha tetap berjalan insya-Allah. Hari ini insya-Allah beberapa program yang dirancang akan diteruskan. Doakan kami,” katanya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik ke Internet, kumpulan itu dilihat berbasikal di kawasan kampung bagi tujuan itu.

Ia dilihat kesinambungan kepada tradisi 'kayuhan asnaf' mencari golongan yang layak menerima zakat di Perlis setiap Isnin.

Ia memperlihatkan mufti dan Raja Muda tampil dalam keadaan santai dan tanpa protokol ketat.

Lihat Komen