malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azalina: Tindakan tegas pada pekerja, pesara fitnah k'jaan
Diterbitkan:  Jan 4, 2017 12:14 PM
Dikemaskini: 5:03 AM
ADS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, mahu tindakan tegas diambil terhadap penjawat awam atau bekas kakitangan awam yang mengeluarkan fitnah dan menyebabkan persepsi buruk kepada kerajaan.

Azalina yang juga ahli parlimen Penggerang, berkata ini bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsir dari sumber yang tidak disahkan.

"Tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana penjawat awam atau bekas penjawat awam yang cuba menggunakan kedudukan mereka untuk membuat kenyataan atau berkelakuan yang boleh mendatangan fitnah sekaligus memberi persepsi buruk terhadap kerajaan hari ini," kata kenyataan yang dimuat naik di Twitter beliau.

Bagaimanapun, Azalina tidak menamakan atau merujuk kepada sesiapa.

Kenyataan tersebut dibuat ketika bekas pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohd Zin mengesahkan laporan bahawa beliau memilih bersara awal kerana kecewa apabila kes SRC International tidak dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun, SPRM kemudian menafikan Bahri membuat kenyataan sedemikian.

Bahri ketika dihubungi malam tadi oleh Malaysiakini berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

“Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat ‘judgement syok’ sendiri. Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri,” katanya.

Lihat Komen