malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Pengilang khuatir harga gas naik 22.6%
Diterbitkan:  Dec 30, 2016 12:39 PM
Dikemaskini: 4:59 AM
ADS

Para pengilang tempatan menzahirkan kebimbangan tentang kesan kenaikan harga gas terkumpul yang boleh melonjak sehingga 22.6 peratus menjelang akhir tahun 2019, kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).

Memetik laporan The Edge Markets, justeru, FMM berharap agar kerajaan akan meninjau cadangan peralihan kepada harga pasaran itu dan menilai kesan harga terhadap keadaan ekonomi dan pasaran secara lazimnya.

"FMM mengiktiraf mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) sedia ada dan tarif asas purata yang mengambil kira kenaikan jumlah gas asli cecair import dan pertukaran asing turun naik akan diselaras mengikut pengumuman GCPT untuk tempoh berkaitan.

Bagaimanapun, kerajaan diharap terus mempertimbangkan daya saing industri berbanding pesaing peringkat serantau dalam proses rasionalisasi subsidi tenaga, katanya.

"Sementara FMM mengalu-alukan pengumuman rebat tarif gas asli sebanyak 40 sen bagi setiap mmBtu (juta unit termal British) bagi tempoh Januari hingga Jun 2017, industri berasa bimbang mengenai kemungkinan kesan kenaikan harga gas terkumpul 22.6 peratus pada akhir tahun 2019 di tengah-tengah ketidak pastian dalam ekonomi dunia dalam beberapa tahun akan datang," ujar FMM lagi.

ADS

Pada 28 Dis, Gas Malaysia Bhd mengumumkan bahawa peraturan berasaskan insentif akan digunakan untuk menetapkan tarif gas asli bagi sektor bukan kuasa di Semenanjung Malaysia bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2017.

Di bawah kerangka, syarikat akan dibolehkan untuk melakukan perubahan dalam kos gas menerusi mekanisme GCPT dalam setiap enam bulan.

“Bagi separuh pertama 2017, purata tarif asas diluluskan adalah RM26.71 untuk setiap juta unit termal British (MMBtu), diikuti RM28.05 MMBtu (separuh kedua 2017).

ADS

“Seterusnya diikuti RM30.90 dan RM31.92 MMBtu masing-masing pada separuh pertama dan kedua 2018,” ujar Gas Malaysia dalam nota makluman kepada Bursa Malaysia.

Mengulas lanjut, FMM berkata, pihaknya akan terus menyokong harga gas asli yang adil khususnya bagi gas berpaip yang terhasil dari sumber tempatan.

"(FMM juga akan) mendapatkan sesi perbincangan seterusnya dengan kerajaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berdasarkan purata penentuan tarif asas untuk tiga tahun akan datang," tambah FMM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen