malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dan pencetus berita 2016 ialah...
Diterbitkan:  Dec 29, 2016 7:31 AM
Dikemaskini: Dec 29, 2016 6:38 AM
ADS

Sejak 16 tahun yang lalu, Malaysiakini telah menamakan pencetus berita ketika kita melabuhkan tirai pada setiap tahun.

Pencetus berita ditakrifkan sebagai "seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak dalam politik Malaysia, untuk lebih baik atau sebaliknya".

Malaysiakini telah mencalonkan 16 calon bagi anugerah pencetus berita2016. Seramai 1,393 pembaca mengundi selama tujuh hari undian dibuka kepada pelanggan berbayar portal berita ini.

Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka untuk setiap calon - satu undi yang terendah dan 10 tertinggi.

Dan berikut adalah keputusan mereka - buat pertama kalinya, anugerah tahun ini dimenangi kata singkatan - MO1 atau Malaysian Official 1.

MO1 disebut 36 kali dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada bulan Julai lalu. Tetapi identiti MO1 ada satu misteri.

Saman sivil AS itu, yang digelar sebagai kes terbesar yang pernah dibawa oleh Kleptocracy Asset Recovery Initiative DOJ, adalah satu percubaan untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan wang "dicuri" dari 1MDB, antaranya hartanah mewah di New York dan Los Angeles, lukisan Monet dan Van Gogh dan jet Bombardier.

DOJ mendakwa bahawa sejumlah AS$3.5 bilion telah disalahgunakan dari 1MDB. Ia ditubuhkan oleh Najib pada 2009 dan mempengerusikan lembaga penasihatnnya.

Sementara itu, di tempat kedua Newsmaker 2016 bukan asing kepada rakyat Malaysia. Beliau adalah pemenang tahun lalu - bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada usia 91, dia terus menjadi tajuk berita utama dan baru-baru ini telah memulakan kempen untuk menjatuhkan Najib.

Mahathir adalah pemenang tiga kali anugerah itu. Beliau dipilih sebagai pencetus berita 2005 (bersama-sama dengan Tan Sri Rafidah Aziz) dan juga pada tahun 2006.

Di tempat ke-3 dalam ialah pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, yang menggantikan Datuk Ambiga Sreenevasan, yang dinamakan sebagai pencetus berita 2012. Maria ditangkap dan ditahan sehari sebelum perhimpunan BERSIH 5, tetapi itu tidak menghalang ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan untuk mendesak pilihan raya yang bebas dan bersih.

Zunar atau Zulkiflee Anwar Haque, kartunis politik yang paling terkenal di negara ini, di tempat ke-4. Ditangkap untuk sekian kalinya, dia sedang berdepan dengan tuduhan-tuduhan yang berpotensi menyaksikannya hukuman sehingga 43 tahun penjara kerana mengkritik kerajaan.

Di tempat ke-5 juga tidak perlu diperkenalkan - Jho Low - sekutu Najib dan dia didakwa menjadi dalang di sebalik dakwaan skandal 1MDB.

Di tempat ke-6 ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan dengan tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo. Di tempat ke-7 ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang lantang bersuara dalam beberapa isu.

Baginda diikuti oleh Anis Syafiqah - pemimpin pelajar yang menganjurkan perhimpunan TangkapMO1 itu. Dia baru-baru ini telah digantung pengajiannya oleh Universiti Malaya.

Ditempat ke-9 ialah masyarakat Orang Asli Gua Musang dan di  tangga ke-10 ialah pemenang pingat di sukan Olimpik dan Paralimpik di Rio

Berikut adalah senarai penuh calon yang menduduki 10 tempat teratas bagi Newsmaker 2016:

MO1, Malaysian Official 1, lelaki yang dirujuk 36 kali oleh DOJ

- 11,645 mata

 

 

Mahathir Mohamad, bekas PM dan pengerusi BERSATU

- 10,928

 

 

Maria Chin Abdullah, pengerusi BERSIH

- 10,790

 

 

Zunar atau Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, pelukis kartun

- 10,119

 

 

Jho Low aka Low Jho Taek, sekutu MO1

- 9,348

 

 

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP

- 9,130

 

 

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tuanku Mahkota Johor

- 8,766

 

 

Anis Syafiqah Mohd Yusof, pemimpin pelajar, penganjur himpunan  TangkapMO1

- 8,235

 

 

Masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan

- 7,784

 

 

Peserta sukan Olimpik dan Paralimpik Malaysia di Rio

- 7,711

 

 

Turut dicalonkan:

Mohamed Apandi Ali, Peguam Negara

- 7,419

 

 

Siti Kasim, aktivis hak asasi manusia dan peguam

- 7,419

 

 

Rosmah Mansor, isteri PM Najib dan Newsmaker 2013

- 7,199

 

 

Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

-  6,796

 

 

Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

- 5,054

 

 

Jamal Md Yunos, Ketua Umno Sungai Besar dan pemimpin Gerakan Baju Merah

- 4,634

 

 

Newsmaker sebelum ini

2015 - Mahathir Mohamad

2014 - Penumpang dan anak kapal pesawat MH370 and MH17

2013 - Rosmah Mansor

2012 - Ambiga Sreenevasan

2011 - Penyokong BERSIH

2010 - Ibrahim Ali

2009 - Teoh Beng Hock

2008 - KAMU

2007 - VK Lingam

2006 - Mahathir Mohamad

2005 - Pemenang bersama - Rafidah Aziz dan Mahathir Mohamad

2004 - S Samy Vellu

2003 - Husam Musa

2002 - Zainuddin Maidin

2001 - Rais Yatim

[Baca lebih lanjut]

Lihat Komen